Love

Showing posts with label My Career. Show all posts
Showing posts with label My Career. Show all posts

Wednesday, 29 November 2017

Kau usaha, kau dapat!



Apa yg aku nak cerita harini mcm throwback lah 21 November 2017 haritu sbb takde masa nak tulis 😔

Satu pengalaman baru untuk aku bila dapat ganti bos pergi satu program untuk perbaharui kami punya permohonan bagi FORM D dari “Live Implementation” kepada “Live Operation” di mana takyah dah nak print hard copy nak pergi endorse kt MITI. Just submit online and customer pun boleh dapat FORM D dari sistem online tu. Banyak kos boleh kurangkan. K taknak cerita banyak pasal tu sbb nanti tercerita mcm-mcm pulak nanti 😂

K apa yg aku terkejut masa pergi tu, aku tengok mcm ramai yg datang kebanyakan aku tengok mcm org hebat-hebat. Maksud aku yelah aku ni assistant je. Rasa kerdil jap kt situ 😌 Tp aku teruja sbb at least ada something baru yg aku dapat *love love love love love*

Next day bila datang office apa lagi aku kena explain input yg aku dapat masa briefing pagi. Lepas je briefing semua Tanya “Nad takut ke” “Nad kenapa suara bergetar” hahaha gila kau mmg aku takut lah sbb first time cakap masa briefing pagi depan boss besaq-besaq lagi tu. Ketaq bak hang 💥💣


Just a little notes to myself and others too… 👇


Thursday, 9 November 2017

Pengacara Majlis tangkap muat 😎


Semalam punya cerita yg aku tak sangka langsung yg aku boleh buat..

Aku jadi salah seorang committee member untuk 2017 Exedy Asia Pacific Ocean Block Match Badminton. Ni adalah pertandingan badminton antara Exedy (ASEAN Company) untuk pemilihan ke peringkat global di Japan. Ada 7 company yg joined termasuk Exedy Malaysia. Exedy Thailand, Exedy Friction Material, Exedy Middle East, Exedy Clutch India, Exedy Vietnam dan Exedy Manufacturing Indonesia (mmg power gila okay dan diorang dapat first place) 👍

Okay cerita dia diorang (event planner) ni main pilih je tau. Mula-mula ingat diorang ajak jadi committee tu committee biasa je lah kan angkat barang ke, jaga pendaftaran ke, sekali jadi PENGACARA MAJLIS. Yess, pengalaman pertama aku okay. Masa nak terima job tu rasa mcm “eh boleh ke aku buat ni” “eh mcm mana kalau aku tersasul” “eh dah lah ada managing director semua”. Dan yg paling aku takut ialah aku kena bercakap Bahasa Inggeris sbb yg datang pertandingan ni bukan faham Bahasa Melayu kan. Finally aku terima jugak sbb “why not you just try it Nad. This is your opportunity to challenge yourself. Who knows it only come once?” (cakap kt diri sendiri)
Fuhhh mmg gugup tp aku watlek je cover cool cikit 😂💦

So pengalaman ni sedikit sebanyak ajar aku utk lebih berani nak bercakap kt depan orang ramai dan paling penting tambah keyakinan diri aku ✨ *kasi bunga api sikit* 

 So, inilah dia pengacara majlis tangkap muat 🙈

 Masa ni tunggu VIP dan semua pemain sampai dari hotel




Okay ni commitee members dan teammate aku. Semua dari department lain-lain. Yup semua dah berkeluarga. Aku sorang je yg single kt situ and of course paling muda 😜



 Nampak tak kt situ pelbagai warna kulit gila aku tak gugup 😌 
Bukan tu je kt belakang tu yg baju merah semua managing director. Semua Japanese.

Okay ni adalah barisan managing director dari setiap company yg ada tu termasuk Exedy Malaysia (berdiri 2 dari kiri baru je masuk this year bulan 9 kalau aku tak silap and sporting sgt) 

 
 Ni dia semua yg join untuk aktiviti ni ☺️

Barisan line judge dan empire thank you so much! 🤗

Ni lepas dah habis semua aktiviti. Makan! Lapar gila since aku tak makan pape dari pagi. Nasib sedap 🤤

Monday, 30 October 2017

Exedy (Malaysia) Sdn Bhd

Okayy... harini nak cerita pasal kerja. Saya bekerja di Exedy (Malaysia) Sdn Bhd. So, where is it? Dekat je dengan nilai 3 tau! Boleh rujuk alamat kt bawah ni k? 


Exedy (Malaysia) Sdn Bhd
PT16748 Jalan Permata 1/5
Arab-Malaysian Industrial Park
71800 Nilai
Negeri Sembilan

Lepas je habis internship dekat company ni tahun lepas, saya terus ditawarkan bekerja di sini. So dah setahun dah kerja kt sini termasuk 3 bulan internship tu. What is "Admin & Shipping Assistant" actually? What did I do? What is my job scope? Huhhhh at first nampak mcm wahhhhh tp kerja saya biashe biashe je huhuhu. 

First of all, saya ditugaskan untuk memohon pengecualian cukai dengan memohon beberapa 'form' yg dikenali dengan ATIGA (untuk ASEAN), MJEPA (Japan) dan ACFTA (China). This process actually a bit complicated because you have to apply to MITI, waiting for their approval and go to MITI to get their endorsement. Masa mula-mula buat benda ni memang pening *serious ni tak tipu* sebab masa tu kan baru je habis belajar then terkejut dengan suasana bekerja hahaha tapi bila dah lama-lama semua macam "piece of cake" je hehehe.
💗
Secondly, saya ditugaskan untuk menjadualkan kontainer keluar dan masuk yg mana ianya berkaitan dengan export dan import barang. Saya perlu memastikan "loading bay" mempunyai kekosongan agar kontainer tidak bertembung. Saya juga perlu membuat tempahan kapal bagi menjadualkan barang keluar dari kilang tepat pada waktunya mengikut permintaan pelanggan.
Buat masa ni, itu dulu je kot. Saya akan tulis lebih lagi lepas ni 👐